
Filem 2012 kata dunia akan kiamat tahun ini. Filem Orang Putih, biarlah itu kata mereka. Pada aku, 2012 semakin mendekatkan kita kepada akhir zaman itu saja. Dan selamatlah kita menghadapi dunia akhir zaman.
Setelah menguatkan hati, aku berazam untuk kembali menulis di blog pada tahun ini. Walaupun kadang-kadang berserabut perut kata orang Kedah memikirkan masalah dunia semasa ini tetapi hidup tetap hidup.
Dan, dalam ketetapan hidup itu kita selalu berprinsip "aku tetap aku", menjadi aku atau diri sendiri dalam apa juga situasi. Itu prinsip lambang keyakinan diri. Setiap orang masing-masing mahu menunjukkan keyakinan dan kepercayaan diri masing-masing. Dia yakin dialah yang paling baik, terbaik dan kadangkala anggap dialah yang paling betul atau dia sajalah yang betul.
Biarlah apa pun, aku akan tetap kembali menulis blog ini dan menjadi diri aku sendiri.
Oh ya, aku cuma mahu menulis, bukan untuk orang membaca. kalau ada yang sudi menjenguk dan membaca, silakanlah.
Ini diari digitalku. Selamat mengharungi dunia akhir zaman!
0 ulasan:
Catat Ulasan