"Interlok Novel Bangsa Malaysia" tulisan Dr. Mawar Shafei di Mingguan Malaysia, 26 Disember 2010.
Artikel Asal
Entah kenapa dan apalah yang tidak kena, tiba-tiba sahaja novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang digunakan sebagai teks dalam pembelajaran di sekolah tiba-tiba jadi kontoversi.
Padahal, novel ini sudah menjangkau puluhan tahun dan ketika itu tidak pernah ada masalah pun yang dibangkitkan tentang novel yang dijadikan teks komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima ini. Novel yang menggarap tentang kehidupan pelbagai kaum yang menyentuh Melayu, Cina dan India [lantas kerana itu dianggap dan diangkat sebagai novel yang memenuhi aspirasi 1Malaysia] alih-alih kini "diharamkan" dari berada di sekolah-sekolah dan teks tersebut ditarik balik.
Alasannya?
Entah. Saya sendiri kurang jelas. Namun, menurut laporan daripada akhbar-akhbar semasa, ia berbunyi begini:
Saya sudah membaca novel ini hampir 10 tahun yang lalu. Buat pengetahuan umum, novel ini ditulis Datuk Abdullah Hussain sempena 25 tahun negara menyambut kemerdekaan dan ia bertemakan perpaduan. Novel ini memenangi sayembara penulisan sempena sambutan 25 tahun kemerdekaan tersebut.
Pada waktu itu tidak ada siapa pun yang membantah dan "membakar" buku tersebut atau membuat demontrasi yang menuntut supaya buku tersebut diharamkan. Kalau novel tersebut dikatakan berbahaya kepada perpaduan dan mengancam gagasan 1Malaysia, saya fikir ada yang lebih berbahaya daripada itu.
Cubalah sesiapa sahaja yang belum membaca novel tersebut tetapi emosional menyokong T. Murugiah, silalah membacanya dari halaman pertama sehingga akhir dan buatlah kesimpulan sendiri.
Kalau penarikan balik novel tersebut hanya disandarkan kepada alasan-alasan yang tersebut di atas, saya fikir sangatlah tidak munasabah dan benarlah novel tersebut hanya dilihat dari perspektif dan persepsi yang cukup negatif. Padahal lebih banyak nilai-nilai yang positif yang boleh dicungkil daripada novel tersebut dalam membina perpaduan dan menjayakan gagasan 1Malaysia jika itulah hasratnya.
Padahal juga, setiap hari di akhbar-akhbar dan di internet melalui blog-blog, Facebook, Twitter dan media sosial yang lain, begitu banyak tulisan dan perkara yang "berbahaya" yang lebih mengancam perpaduan dan gagasan 1Malaysia jika dibandingkan dengan dua tiga patah perkataan dalam novel Interlok itu.
Pergaduhan ahli politik antara parti, sesama dalam parti, di parlimen dan di Dewan Undangan Negeri, saya fikir lebih berbahaya kerana ia menjadi contoh yang hidup dan real yang ditonton oleh semua rakyat Malaysia.
Ironinya, mereka bergaduh dan berkelahi tidak henti-henti dan kekadang hanya atas hal yang remeh-temeh tetapi mereka jualah yang menyeru orang supaya bersatu-padu, hidup dalam perpaduan dan seumpamanya.
Orang yang begini, kata peribahasa Melayu; "berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi".
Ya, ada kalanya keputusan dan tindakan yang dibuat oleh orang-orang yang berkuasa dan kelihatan cerdik tidak selalunya waras dan betul!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, mengumumkan bahawa novel Interlok yang menjadi salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5, akan ditarik balik penggunaannya. Novel yang sudah diterbitkan dan diedarkan di sekolah-sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya itu dikatakan sebagai tidak sesuai untuk didalami oleh para pelajar kerana kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, khususnya kaum Melayu dan India.
Menurut beliau, persetujuan menarik balik serta-merta novel Interlok karya Datuk Abdullah Hussain itu telah dipersetujui oleh Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman.
Novel yang telah terpilih sebagai buku teks itu didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.
Isu itu kata beliau didedahkan oleh sebuah akhbar berbahasa Tamil tempatan selepas mendapat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan buku itu.
Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA), berkata pihaknya menerima aduan orang ramai dari seluruh negara yang meminta BPA mengambil tindakan sebelum orang ramai membuat tindakan drastik dengan membakar buku berkenaan di hadapan Kementerian Pelajaran.
Saya sudah membaca novel ini hampir 10 tahun yang lalu. Buat pengetahuan umum, novel ini ditulis Datuk Abdullah Hussain sempena 25 tahun negara menyambut kemerdekaan dan ia bertemakan perpaduan. Novel ini memenangi sayembara penulisan sempena sambutan 25 tahun kemerdekaan tersebut.
Pada waktu itu tidak ada siapa pun yang membantah dan "membakar" buku tersebut atau membuat demontrasi yang menuntut supaya buku tersebut diharamkan. Kalau novel tersebut dikatakan berbahaya kepada perpaduan dan mengancam gagasan 1Malaysia, saya fikir ada yang lebih berbahaya daripada itu.
Cubalah sesiapa sahaja yang belum membaca novel tersebut tetapi emosional menyokong T. Murugiah, silalah membacanya dari halaman pertama sehingga akhir dan buatlah kesimpulan sendiri.
Kalau penarikan balik novel tersebut hanya disandarkan kepada alasan-alasan yang tersebut di atas, saya fikir sangatlah tidak munasabah dan benarlah novel tersebut hanya dilihat dari perspektif dan persepsi yang cukup negatif. Padahal lebih banyak nilai-nilai yang positif yang boleh dicungkil daripada novel tersebut dalam membina perpaduan dan menjayakan gagasan 1Malaysia jika itulah hasratnya.
Padahal juga, setiap hari di akhbar-akhbar dan di internet melalui blog-blog, Facebook, Twitter dan media sosial yang lain, begitu banyak tulisan dan perkara yang "berbahaya" yang lebih mengancam perpaduan dan gagasan 1Malaysia jika dibandingkan dengan dua tiga patah perkataan dalam novel Interlok itu.
Pergaduhan ahli politik antara parti, sesama dalam parti, di parlimen dan di Dewan Undangan Negeri, saya fikir lebih berbahaya kerana ia menjadi contoh yang hidup dan real yang ditonton oleh semua rakyat Malaysia.
Ironinya, mereka bergaduh dan berkelahi tidak henti-henti dan kekadang hanya atas hal yang remeh-temeh tetapi mereka jualah yang menyeru orang supaya bersatu-padu, hidup dalam perpaduan dan seumpamanya.
Orang yang begini, kata peribahasa Melayu; "berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi".
Ya, ada kalanya keputusan dan tindakan yang dibuat oleh orang-orang yang berkuasa dan kelihatan cerdik tidak selalunya waras dan betul!
1 ulasan:
Kenapa marahkan nyamuk kelambu dibakar. Itulah yang dapat saya katakan. Novel interlok telah lama ditulis. Tiada siapa pun yang kisah. Tetapi bila ada yang menangguk di air yang keruh keadaan mula menjadi tidak tenang. Sebelum buku ini menjadi teks sastera telah ada jawatankuasa menilainya terlebih dahulu. Jangan kita cepat melatah. Kementerian pelajaran seharusnya mengambil pendirian teguh jangan berganjak daripada keputusan asal. Jangan nanti perkara seperti ini akan menjadi perumpamaan seperti Belanda dapat tanah. Mula-mula novel interlok lepas ni tak tahu apa lagi. Hendak betis kemudian minta peha pula....
Catat Ulasan