Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak nampaknya berang apabila diajukan soalan oleh wartawan tentang sikap lepas tangannya dalam isu banjir di Kedah. Banjir yang melanda Kedah awal minggu lalu dianggap sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kedah.Saya, walaupun membaca berita dan mengikuti perkembangan banjir tersebut di sana-sini, tetapi masih juga bersikap "lepas tangan" dan tidak membuat sebarang komentar sama ada di blog ini atau di Facebook.
Bukan tidak kisah dengan apa yang berlaku tetapi saya seolah-olah sudah mangli dan biasa dengan banjir. Acapkali rumah kami di kampung ditenggelami air. Walaupun tidaklah seteruk air naik sampai ke paras bumbung, tetapi acapkali air naik sehingga ke paras lutut dan paha di dalam rumah, ia sudah cukup meletihkan untuk membersihkan lumpur, sampah dan segala macam kotoran. Kata ibu saya, air kalau sudah banjir, baik sedikit atau pun banyak, kerja-kerja membersihkannya itu sama saja. Penatnya itu sama saja.
Banjir di kampung kami sudah lama. Sudah puluhan tahun. Tapi apa hendak buat. Itulah tanah kami sendiri dan banjir berlaku disebabkan sistem perparitan yang tidak betul oleh tuan-tuan tanah dan tuan ladang kelapa sawit berhampiran.
Pelbagai aduan sudah dibuat. Pihak majlis daerah, ketua kampung, JKKK, wakil rakyat, ADUN dan siapa saja yang datang, skrip dan cerita samalah yang dihamburkan oleh penduduk kampung. Orang politik, orang pentadbiran semuanya mendengar cerita yang sama.
Dan, macam-macamlah janji yang ditaburkan. JKKK datang selepas air surut, minta nombor kad pengenalan, salinan kad pengenalan, ambil gambar di sana-sini, sudahnya tidak ada apa-apa juga. Argh... hal ini sudah saya tulis dan cakap banyak kali.
Dan seperti kata Menteri Besar Kedah, "Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam". Dan saya tidak tahu mereka buat kerja cara apa.
0 ulasan:
Catat Ulasan