Ahad, Julai 12, 2009

APA LAGI... MELAYU?

Catatan sempena WACANA KEDUDUKAN INSTITUSI BERAJA & MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF 1 MALAYSIA (10 - 11 Julai 2009, PWTC)

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam satu sesi dialog ditanya soalan [yang ayatnya lebih kurang begini]: "Apakah yang Tun berasakan "perjuangan belum selesai" iaitu hasrat Tun yang masih belum tercapai setelah 22 tahun menjadi perdana menteri?"

Tun dengan tenang menjawab bahawa apa yang masih terkilan kepadanya ialah untuk melihat bangsa Melayu mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia dan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka!

Justeru, untuk mencapai hasrat itu kata Tun, orang-orang Melayu perlu memiliki sikap dan budaya yang sesuai dengan kemajuan. Katanya lagi, otak bangsa-bangsa lain di dunia yang telah maju dan otak orang-orang Melayu [malah semua manusia] adalah sama. Ertinya potensi dan peluang untuk setiap orang itu berjaya adalah sama. Cuma sikap dan budaya yang sesuai dengan kecemerlangan itu saja yang perlu dipupuk dan digilap untuk menjadikan bangsa berjaya.

Klise. Ya, nampak macam biasa dan berjuta-juta kali telah dihambur dalam seminar dan program-program motivasi bahawa itulah yang perlu Melayu atau sesiapa saja miliki untuk menjadikannya berjaya.

Soalnya, adakah kita mempunyai sikap dan budaya yang sesuai dengan kejayaan?

VERSI TULISAN JAWI

چاتتن سمڤنا واچان كدودوكن اينستيتوسي براجا & ملايو دالم ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان دري ڤرسڤيكتيف 1 مليسيا ﴿10 - 11 جولاي 2009، ڤوتچ﴾

بكس ڤردان منتري، تون دوكتور محضير بن محمد دالم ساتو سيسي ديالوڬ دتاڽ سؤالن [يڠ اياتڽ لبيه كورڠ بڬيني]: "اڤاكه يڠ تون براسكن "ڤرجواڠن بلوم سلساي" ايايت حسرت تون يڠ ماسيه بلوم ترچاڤاي ستله 22 تاهون منجادي ڤردان منتري؟"

تون دڠن تنڠ منجواب بهاوا اڤ يڠ ماسيه تركيلن كڤداڽ اياله اونتوق مليهت بڠسا ملايو ممڤو برساءيڠ دڠن بڠسا-بڠسا لاين د مليسيا دان داڤت دودوق سام رنده، برديري سام تيڠڬي دڠن مريك!

جوسترو، اونتوق منچاڤأي حسرت ايت كات تون، اورڠ-اورڠ ملايو ڤرلو مميليقي سيكڤ دان بوديا يڠ سسواي دڠن كماجوان. كاتڽ لاڬي، اوتق بڠسا-بڠسا لاين د دنيا يڠ تله ماجو دان اوتق اورڠ-اورڠ ملايو [ماله سموا مأنسي] اداله سام. ارتيڽ ڤوتينسي دان ڤلواڠ اونتوق ستياڤ اورڠ ايت برجاي اداله سام. چوما سيكڤ دان بوديا يڠ سسواي دڠن كچمرلڠن ايت ساج يڠ ڤرلو دڤوڤوق دان ديڬيلڤ اونتوق منجاديكن بڠسا برجاي.

كليسي. يا، نمڤق ماچم بياسا دان برجوت-جوت كالي تله دهمبور دالم سمينر دان ڤروڬرام-ڤروڬرام موتيۏاسي بهاوا ايتله يڠ ڤرلو ملايو اتاو سسياڤا ساج ميليكي اونتوق منجاديكنڽ برجاي.

سؤالڽ، ادكه كيت ممڤوڽاءي سيكڤ دان بوديا يڠ سسواي دڠن كجايأن؟

0 ulasan: