Jumaat, Julai 10, 2009

TRAGEDI POLITIK MELAYU: SI LEBAI MALANG

Apa yang hendak kita banggakan dengan politik parti Melayu hari ini? Saya percaya soalan ini akan mengundang amarah juak-juak politik yang hidup dan matinya "kerana perjuangan politik kepartian".

Nanti dulu, soalan itu ditanyakan sekadar untuk kita menginsafi apa yang boleh kita dapat dalam konteks politik kepartian yang penuh dengan kesempitan, kebebalan dan kejumudan pemikirannya.

Ada yang berkata kerana politiklah Melayu masih menjadi "tuan" di bumi Malaysia ini. Kerana politiklah kita berjaya menikmati kemajuan dan kemakmuran serta kesejahteraan dari dulu, kini dan selama-lamanya. Malah kerana politik itu dan kerana politik ini, makanya apa yang kita saksikan hari ini.

Mari kita letakkan kanta pembesar dalam konteks politik berparti orang-orang Melayu-Islam di Malaysia hari ini. Usah kita bicarakan kelangsungan politik dalam konteks bernegara. Nah, di sini objeknya ialah parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan juga Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Di sini kita tidak bicara PKR yang multi-racial.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau kalah dalam Pilihanraya Umum pada tahun 1969 kerana pada masa itu beliau banyak bercakap tentang Melayu. Akibat daripada itu, orang bukan Melayu tidak menyokongnya sehingga beliau kalah dalam pilihanraya tersebut. Orang bukan Melayu yang Tun maksudkan bukan dari kalangan pembangkang sebaliknya dari kalangan parti komponen Barisan Nasional itu sendiri.

[Dan jika begitu telahannya, maka "thunami politik 2008" sebenarnya menunjukkan sokongan pengundi bukan Melayu yang beralih menyokong pembangkang sehingga--seperti yang kita semua tahu--Kedah, Pulau Pinang, Selangor, malah Perak (buat seketika) dan Kuala Lumpur juga telah dikuasai pembangkang.]

Tun menjustifikasikan kekalahannya dengan 'kecerdikan' orang bukan Melayu yang mengundi kerana berkiblatkan kepentingan dan keuntungan bangsa mereka! Sebaliknya orang Melayu baik dalam UMNO dan juga dalam PAS mengundi kerana demi kepentingan dan keuntungan parti mereka!

Kata Tun, orang Cina misalnya tidak mengira apa pun parti akan tetap mementingkan bangsa mereka, sebaliknya orang Melayu mengikat diri mereka dengan ketat terhadap parti masing-masing sehingga menutup hijab untuk melihat lebih jauh ke hadapan demi survival agama, bangsa dan negara.

Tun sekali lagi menjelaskan bahawa orang bukan Melayu mengalahkan orang tertentu (yang dilihat tidak lagi boleh mewakili kepentingan dan keuntungan untuk bangsa mereka) dalam Perikatan (ketika itu) dan bukannya langsung mengalahkan Perikatan secara total. Mereka bersikap objektif dan memilih untuk "mengeluarkan" pemimpin yang mereka rasakan tidak lagi boleh diharapkan untuk membela mereka sekalipun pemimpin itu adalah di dalam parti mereka sendiri. Itu kematangan mereka berpolitik.

Sebaliknya "si Lebai Malang" ini yang wujud dalam UMNO dan juga PAS, akan tetap bermati-matian mengundi parti pemimpin mereka sekalipun jelas ada pemimpin yang korup, yang melacurkan agama dan menggadai bangsa.

Kata si Lebai Malang ini, "Aku mesti pangkah (undi) dia (pemimpin korup misalnya) kerana dia UMNO/PAS dan kerana aku juga adalah ahli UMNO/PAS". Itu prinsip politik orang Melayu. Jika perkara ini tidak dapat diubah, maka selama-lamanya kita akan terus menjadi si Lebai Malang; ke hulu ke hilir, semuanya kita terlepas.

Kita meneruskan sikap untuk terus bercakaran dan bergaduh dan selama-lamanya tidak akan bersatu sedangkan nun di suatu sudut sana, mereka--orang-orang bukan Melayu--mengatur strategi dengan bijak demi kepentingan dan keuntungan bangsa mereka dan kita juga dengan bebal mengaku turut mengatur strategi tetapi demi kepentingan dan keuntungan parti kita!

Nah, apa yang hendak kita banggakan dengan politik parti Melayu hari ini? Dan, pada akhirnya tulisan dan penulis yang menulis begini akan dikatakan sebagai "racist"!

Begitulah nasib si Lebai Malang!

VERSI TULISAN JAWI

اڤ يڠ هندق كيت بڠڬاكن دڠن ڤوليتيك ڤرتي ملايو هاري اين؟ ساي ڤرچاي سؤالن اين اكن مڠونداڠ امره جواق-جواق ڤوليتيك يڠ هيدوڤ دان ماتيڽ "كران ڤرجواڠن ڤوليتيك كڤارتين".

ننتي دولو، سؤالن ايت دتاڽكن سقدر اونتوق كيت مڠينصفي اڤ يڠ بوليه كيت داڤت دالم كونتيك س ڤوليتيك كڤارتين يڠ ڤنوه دڠن كسمڤيتن، كبيبلن دان كجومودن ڤميكيرنڽ.

اد يڠ بركات كران ڤوليتيكله ملايو ماسيه منجادي "توان" د بومي مليسيا اين. كران ڤوليتيكله كيت برجاي منعمتي كماجوان دان كمعمورن سرتا كسجهترأن دري دولو، كيني دان سلاما-لاماڽ. ماله كران ڤوليتيك ايت دان كران ڤوليتيك اين، ماكنيا اڤ يڠ كيت سقسيكن هاري اين.

ماري كيت لتقكن كنتا ڤمبسر دالم كونتيك س ڤوليتيك برڤرتي اورڠ-اورڠ ملايو-اسلام د مليسيا هاري اين. اوسه كيت بيچاراكن كلڠسوڠن ڤوليتيك دالم كونتيك س برنڬارا. نه، د سيني أوبجيكڽ اياله ڤرتي ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو ﴿امنو﴾ دان جوڬ ڤرتي اسلام س-مليسيا ﴿ڤاس﴾. د سيني كيت تيدق بيچارا ڤقر يڠ مولتي-راچيال.

تون دوكتور محضير محمد بركات بلياو كاله دالم ڤيليهنراي عموم ڤد تاهون 1969 كران ڤد ماس ايت بلياو باڽق برچاكڤ تنتڠ ملايو. عقيبة درڤد ايت، اورڠ بوكن ملايو تيدق مڽوكوڠڽ سهيڠڬ بلياو كاله دالم ڤيليهنراي ترسبوت. اورڠ بوكن ملايو يڠ تون مقصودكن بوكن دري كالڠن ڤمبڠكڠ سباليقڽ دري كالڠن ڤرتي كومڤونين باريسن ناسيونل ايت سنديري.

[دان جك بڬيتو تلهنڽ، مك "طانما ڤوليتيك 2008" سبنرڽ منونجوقكن سوكوڠن ڤڠوندي بوكن ملايو يڠ براليه مڽوكوڠ ڤمبڠكڠ سهيڠڬ--سڤرتي يڠ كيت سموا تاهو--قدح، ڤولاو ڤينڠ، سلاڠور، ماله ڤراق ﴿بوات سكتيكا﴾ دان كوالا لومڤور جوڬ تله دكواساا ڤمبڠكڠ.]

تون منجوستيفيكاسيكن ككالاهنڽ دڠن ءكچرديقنء اورڠ بوكن ملايو يڠ مڠوندي كران برقبلتكن كڤنتيڠن دان كاونتوڠن بڠسا مريك! سباليقڽ اورڠ ملايو باءيق دالم امنو دان جوڬ دالم ڤاس مڠوندي كران دمي كڤنتيڠن دان كاونتوڠن ڤرتي مريك!

كات تون، اورڠ چينا ميثلڽ تيدق مڠيرا اڤ ڤون ڤرتي اكن تتڤ ممنتيڠكن بڠسا مريك، سباليقڽ اورڠ ملايو مڠيكت ديري مريك دڠن كتات ترهادڤ ڤرتي ماسيڠ-ماسيڠ سهيڠڬ منوتوڤ هيجب اونتوق مليهت لبيه جاوه ك هادڤن دمي سورۏيۏال اڬام، بڠسا دان نڬارا.

تون سكالي لاڬي منجلسكن بهاوا اورڠ بوكن ملايو مڠالهكن اورڠ ترتنتو ﴿يڠ دليهت تيدق لاڬي بوليه مواكيلي كڤنتيڠن دان كاونتوڠن اونتوق بڠسا مريك﴾ دالم ڤريكتن ﴿كتيك ايت﴾ دان بوكنڽ لڠسوڠ مڠالهكن ڤريكتن سچارا توتل. مريك برسيكڤ أوبجيكتيف دان مميليه اونتوق "مڠلواركن" ڤميمڤين يڠ مريك راسكن تيدق لاڬي بوليه دهارڤكن اونتوق ممبلا مريك سكاليڤون ڤميمڤين ايت اداله د دالم ڤرتي مريك سنديري. ايت كماتاڠن مريك برڤوليتيك.

سباليقڽ "سي ليباي مالڠ" اين يڠ وجود دالم امنو دان جوڬ ڤاس، اكن تتڤ برماتي-ماتين مڠوندي ڤرتي ڤميمڤين مريك سكاليڤون جلس اد ڤميمڤين يڠ كوروڤ، يڠ ملاچوركن اڬام دان مڠڬاداي بڠسا.

كات سي ليباي مالڠ اين، "اكو مستي ڤڠكه ﴿اوندي﴾ دي ﴿ڤميمڤين كوروڤ ميثلڽ﴾ كران دي امنو/ڤاس دان كران اكو جوڬ اداله اهلي امنو/ڤاس". ايت ڤرينسيڤ ڤوليتيك اورڠ ملايو. جك ڤركارا اين تيدق داڤت داوبه، مك سلاما-لاماڽ كيت اكن تروس منجادي سي ليباي مالڠ; ك هولو ك هيلير، سمواڽ كيت ترلڤس.

كيت منروسكن سيكڤ اونتوق تروس برچاكرن دان برڬادوه دان سلاما-لاماڽ تيدق اكن برساتو سداڠكن نون د سواتو سودوت سان، مريك--اورڠ-اورڠ بوكن ملايو--مڠاتور ستراتيڬي دڠن بيجق دمي كڤنتيڠن دان كاونتوڠن بڠسا مريك دان كيت جوڬ دڠن بيبل مڠاكو توروت مڠاتور ستراتيڬي تتاڤي دمي كڤنتيڠن دان كاونتوڠن ڤرتي كيت!

نه، اڤ يڠ هندق كيت بڠڬاكن دڠن ڤوليتيك ڤرتي ملايو هاري اين؟ دان، ڤد اخيرڽ توليسن دان ڤنوليس يڠ منوليس بڬيني اكن دكاتاكن سباڬاي "راچيست"!

بڬيتوله نصيب سي ليباي مالڠ!

Khamis, Julai 09, 2009

PENULARAN CERITA-CERITA HANTU: APA SEBENARNYA?

Selepas Lembaga Penapis Filem Malaysia (FINAS) meluluskan tayangan filem bertema seram Pontianak Harum Sundal Malam arahan Suhaimi Baba, semakin banyak pula filem dan drama-drama TV menggunakan tema seram.

Kejayaan filem Jangan Pandang Belakang arahan Ahmad Idham yang mencatat kutipan box office pula semakin merangsang penerbit-penerbit filem dan drama untuk membuat filem dan drama yang bertema sama.

Maka seadanya lahirlah filem-filem dan drama-drama yang membawa segala macam jenis hantu [syaitan, iblis dan jin sebenarnya kerana 'hantu' tidak ada disebutkan dalam al-Quran, hanya sebutan orang Melayu sahaja yang merujuk kepada syaitan, iblis dan jin] ke layar perak dan ke kaca TV.

Hantu [jika itulah istilah yang dipakai] telah dicanggihkan dengan teknologi dan membantunya untuk terbang dan mengeluarkan cahaya serta menjadi flip flop untuk menakutkan manusia. Begitukah tugas hantu?

Saya tidak tahu apakah fenomena atau penularan cerita-cerita hantu yang ibarat "cendawan selepas hujan" [atau sama seperti cepatnya virus Influenza A H1N1 merebak] ini membawa impak dan kesan positif terutamanya kepada umat Melayu-Islam yang semakin hari mendakwa bertambah maju dan bertamadun. Apakah cerita-cerita ini tidak membawa kesan kepada akidah kita?

Suatu masa dulu saya rasa pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama telah memandang serius dan mengharamkan filem-filem dan drama-drama jenis ini kerana bimbang ia akan memesongkan akidah serta 'menakutkan' orang Melayu atau mendidik mereka menjadi takut sedikit demi sedikit [lebih takut kepada hantu dari takut kepada Allah SWT?].

Benar, sebagai umat Islam kita wajib percaya akan perkara-perkara ghaib seperti alam kubur, alam malaikat dan termasuk juga alam jin, iblis dan syaitan yang memang diwartakan dalam al-Quran sebagai makhluk Tuhan yang tugasnya mengganggu manusia.

Namun, 'hantu' seperti Puaka Niyang Rapik itukah rupa hantunya dan itukah hantunya? Atau hantu seperti dalam Kliwon itukah hantunya? Dengan rambut panjang mengurai dan rupa wajah yang menyeramkan, hodoh dan buruk, bersiung dan bermata berdarah, apakah betul itu 'hantu'?

Lebih pelik sekarang ini kita mempunyai pasukan pemburu hantu yang terdiri daripada anak-anak muda dan 'pakar' yang kononnya boleh menangkap hantu atau setidak-tidaknya merakamkan gambar dan imej hantu. Malangnya, dalam pemburuannya pasukan pemburu hantu ini pun kelihatannya tidak menutup aurat, soal solat dan etika Islam yang lain entahlah pula. Iyalah, sepanjang hari dan malam menunggu hantu, bila masa pula hendak solat?

Memang hantu diakui mempunyai 'sejarah' yang dekat dengan orang-orang Melayu sejak zaman feudal lagi dan juga sejak kedatangan Islam lagi. Apa saja cerita yang dapat dikaitkan dengan hantu, orang Melayu mudah untuk mempercayainya dan seolah-olah mempunyai sense of belonging dengan hantu. Apa saja kisah tentang hantu sentiasa memancing rasa ingin tahu.

Pihak yang cerdik pandai macam penerbit filem dan drama serta pembikin filem ini pula, apa lagi hanya mengambil kesempatan atas kejahilan bangsa sendiri untuk mengaut untung semahu-mahunya dan semua itu dihalalkan atas nama HIBURAN.

Walaupun pihak ini sering bersilat dengan mengatakan dalam cerita-cerita hantu mereka, akhirnya yang 'menang' adalah 'tok-tok guru' yang warak dan 'sentiasa berdampingan dengan Allah' dan 'menggunakan ayat-ayat Quran' untuk melawan hantu, persoalannya begitukah yang sebenarnya? Hanya sejauh itukah pengamalan dan penghayatan terhadap agama dan kalam Allah itu?

Bukankah pada akhirnya masyarakat telah dimomokkan dengan hantu sehingga takut untuk tinggal bersendirian di pejabat? Takut bersendirian ke bilik air? Takut untuk lalu di bawah pokok diwaktu malam?

Suatu ketika apabila video 'alam kubur' dipertontonkan di khalayak awam terutama kanak-kanak sekolah, ramai yang mempertikaikan ini dan mengaitkannya dengan isu akidah dan sebagainya.

Saya akur dengan fatwa mufti yang mengharamkan tayangannya, namun saya juga menuntut supaya pihak berkuasa dan arif dalam agama turut memerhatikan penularan cerita-cerita hantu di TV dan filem.

Bukan apa, kerana tidak dikawal, tidak dipantau dan tidak ada panduan yang jelas, hantu-hantu melalui filem dan kaca TV akan terus memomokkan masyarakat sehingga menjadi masyarakat yang taboo, penakut dan mungkin juga lemah imannya.

Hiburan, walau apa pun alasan dan matlamatnya, tetap tertakluk kepada peraturan dan nilai agama.

VERSI TULISAN JAWI

سلڤس لمباڬ ڤناڤيس فيليم مليسيا ﴿فينس﴾ ملولوسكن تايڠن فيليم برتيما سرم ڤونتيناك هاروم سوندل مالم ارهن سوهايمي بابا، سماكين باڽق ڤولا فيليم دان دراما-دراما تۏ مڠڬوناكن تيما سرم.

كجايأن فيليم جاڠن ڤندڠ بلاكڠ ارهن احمد اضام يڠ منچاتت كوتيڤن بوايك س اوففيچ ڤولا سماكين مرڠسڠ ڤنربيت-ڤنربيت فيليم دان دراما اونتوق ممبوات فيليم دان دراما يڠ برتيما سام.

مك سأداڽ لاهيرله فيليم-فيليم دان دراما-دراما يڠ ممباوا سڬالا ماچم جنيس هنتو [شيطان، ابليس دان جين سبنرڽ كران ءهنتوء تيدق اد دسبوتكن دالم القرءان، هاڽ سبوتن اورڠ ملايو سهاج يڠ مروجوق كڤد شيطان، ابليس دان جين] ك لاير ڤراق دان ك كاچ تۏ.

هنتو [جك ايتله اصطلاح يڠ دڤاكاي] تله دچڠڬيهكن دڠن تيكنولوڬي دان ممبنتوڽ اونتوق تربڠ دان مڠلواركن چهاي سرتا منجادي فليڤ فلوڤ اونتوق مناكوتكن مأنسي. بڬيتوكه توڬس هنتو؟

ساي تيدق تاهو اڤاكه فينومينا اتاو ڤنولارن چريتا-چريتا هنتو يڠ عبارت "چنداون سلڤس هوجن" [اتاو سام سڤرتي چڤتڽ ۏيروس ينفلوانز ا ه1ن1 مربق] اين ممباوا ايمڤق دان كسن ڤوسيتيف تراوتماڽ كڤد اومت ملايو-اسلام يڠ سماكين هاري مندعوا برتمبه ماجو دان برتمدون. اڤاكه چريتا-چريتا اين تيدق ممباوا كسن كڤد عقيدة كيت؟

سواتو ماس دولو ساي راس ڤيهق يڠ برتڠڬوڠجواب دالم حال إيهول اڬام تله ممندڠ سريوس دان مڠحرامكن فيليم-فيليم دان دراما-دراما جنيس اين كران بيمبڠ اي اكن مميسوڠكن عقيدة سرتا ءمناكوتكنء اورڠ ملايو اتاو منديديق مريك منجادي تاكوت سديكيت دمي سديكيت [لبيه تاكوت كڤد هنتو دري تاكوت كڤد الله سبحان وتعالى؟].

بنر، سباڬاي اومت اسلام كيت واجب ڤرچاي اكن ڤركارا-ڤركارا غائب سڤرتي عالم قبور، عالم ملائكة دان ترماسوق جوڬ عالم جين، ابليس دان شيطان يڠ ميمڠ دورتاكن دالم القرءان سباڬاي مخلوق توهن يڠ توڬسڽ مڠڬڠڬو مأنسي.

نامون، ءهنتوء سڤرتي ڤواك نييڠ راڤيك ايتكه روڤا هنتوڽ دان ايتكه هنتوڽ؟ اتاو هنتو سڤرتي دالم كليوون ايتكه هنتوڽ؟ دڠن رمبوت ڤنجڠ مڠوراي دان روڤا وجه يڠ مڽرامكن، هودوه دان بوروق، برسيوڠ دان برمات برداره، اڤاكه بتول ايت ءهنتوء؟

لبيه ڤليق سكارڠ اين كيت ممڤوڽاءي ڤاسوكن ڤمبورو هنتو يڠ ترديري درڤد انق-انق مودا دان ءڤاكرء يڠ كونونڽ بوليه منڠكڤ هنتو اتاو ستيدق-تيدقڽ مراكامكن ڬمبر دان ايميج هنتو. مالڠڽ، دالم ڤمبوروانڽ ڤاسوكن ڤمبورو هنتو اين ڤون كليهاتنڽ تيدق منوتوڤ عورة، سؤال صلاة دان ايتيكا اسلام يڠ لاين انتهله ڤولا. ايله، سڤنجڠ هاري دان مالم منوڠڬو هنتو، بيلا ماس ڤولا هندق صلاة؟

ميمڠ هنتو دأكوي ممڤوڽاءي ءسجارهء يڠ دكت دڠن اورڠ-اورڠ ملايو سجق زمان فيودل لاڬي دان جوڬ سجق كداتاڠن اسلام لاڬي. اڤ ساج چريتا يڠ داڤت دكايتكن دڠن هنتو، اورڠ ملايو موده اونتوق ممڤرچايأيڽ دان سأوله-اوله ممڤوڽاءي سينسي اوف بلوڠينڬ دڠن هنتو. اڤ ساج قيصه تنتڠ هنتو سنتياس ممنچيڠ راس ايڠين تاهو.

ڤيهق يڠ چرديق ڤنداي ماچم ڤنربيت فيليم دان دراما سرتا ڤمبيكين فيليم اين ڤولا، اڤ لاڬي هاڽ مڠمبيل كسمڤتن اتس كجاهيلن بڠسا سنديري اونتوق مڠاءوت اونتوڠ سيمهاو-ماهوڽ دان سموا ايت دحلالكن اتس نام هيبورن.

والاوڤون ڤيهق اين سريڠ برسيلت دڠن مڠاتكن دالم چريتا-چريتا هنتو مريك، اخيرڽ يڠ ءمنڠء اداله ءتوك-توك ڬوروء يڠ ورع دان ءسنتياس بردمڤيڠن دڠن اللهء دان ءمڠڬوناكن ايات-ايات قرءانء اونتوق ملاوان هنتو، ڤرسوالنڽ بڬيتوكه يڠ سبنرڽ؟ هاڽ سجاوه ايتكه ڤڠامالن دان ڤڠحياتن ترهادڤ اڬام دان كلام الله ايت؟

بوكنكه ڤد اخيرڽ مشاركت تله دموموقكن دڠن هنتو سهيڠڬ تاكوت اونتوق تيڠڬل برسنديرين د ڤجابت؟ تاكوت برسنديرين ك بيليق اير؟ تاكوت اونتوق لالو د باوه ڤوكوق دوقتو مالم؟

سواتو كتيك اڤابيلا ۏيدياو ءعالم قبورء دڤرتونتونكن د خلايق عوام تراوتما كانق-كانق سكوله، راماي يڠ ممڤرتيكايكن اين دان مڠايتكنڽ دڠن ايسو عقيدة دان سباڬايڽ.

ساي اكور دڠن فتوى مفتي يڠ مڠحرامكن تايڠنڽ، نامون ساي جوڬ منونتوت سوڤاي ڤيهق بركواس دان عارف دالم اڬام توروت ممرهاتيكن ڤنولارن چريتا-چريتا هنتو د تۏ دان فيليم.

بوكن اڤ، كران تيدق دكاول، تيدق دڤانتاو دان تيدق اد ڤندوان يڠ جلس، هنتو-هنتو ملالوءي فيليم دان كاچ تۏ اكن تروس مموموقكن مشاركت سهيڠڬ منجادي مشاركت يڠ تابواو، ڤناكوت دان موڠكين جوڬ لمه ايمانڽ.

هيبورن، والاو اڤ ڤون السن دان متلامتڽ، تتڤ ترتعلوق كڤد ڤراتورن دان نيلاي اڬام.

PENULARAN SERIUS INFLUENZA A (H1N1): APA SEBENARNYA?

Malaysia Kini hari ini melaporkan bahawa virus Influenza A (H1N1) semakin serius merebak. Setiap hari kes yang melibatkan mangsa yang dijangkiti menunjukkan peningkatan yang ketara.

Sehingga hari ini (9 Julai 2009), jumlah kes H1N1 ialah 574. Ia adalah satu jumlah yang besar dan membimbangkan terutama dalam radius kawasan para penghidapnya.

Walaupun kita di Malayisa belum lagi mencatat kematian akibat penularan virus ini, namun kita juga tidak hendak sehingga mangsa yang mendapat virus ini benar-benar menemui ajal.

Kementerian Kesihatan sehingga kini hanya mengeluarkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh mereka yang dikuarantinkan sahaja. Dalam pada itu langkah berjaga-jaga oleh orang awam telah dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui laporan harian Menterinya, Dato' Seri Liow Tiong Lai. Cuma kita tidak tahu sejauh mana langkah-langkah ini telah disebarluaskan dan dirasmi sebagai suatu langkah yang "diwajibkan"?

Berikut adalah tiga (3) langkah yang diumumkan Liow:

1. Merenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.

Aktiviti pencegahan dan kawalan seperti ini di kalangan orang awam berkesan untuk memperlahankan penularan penyakit tersebut dalam masyarakat.

Di tempat kerja termasuk institusi dan sekolah, pemantauan kesihatan perlu diperkukuhkan. Mereka yang bersimptom perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada pejabat kesihatan daerah yang terdekat.

2. Kes-kes ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan diminta tinggal di rumah. Mereka diminta untuk mengambil langkah kawalan serta melaporkan jika tanda-tanda penyakit bertambah teruk.

Orang ramai juga diminta untuk mengamalkan pemakaian topeng jika mengalami gejala influenza, jika mengunjungi tempat-tempat yang sesak dan juga jika menghidap penyakit (co-morbid) dan keadaan yang menyebabkan tahap imuniti yang rendah.

3. Di pusat-pusat rawatan kesihatan dan perubatan, mereka yang bersimptom perlu diasingkan dari tempat biasa. Rawatan antivirus diutamakan kepada pesakit yang berisiko serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa penyakit ini dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my dan h1n1.moh.gov.my. Talian kementerian juga boleh dimanfaatkan oleh orang ramai iaitu 03 - 8881 0200, 03 - 8881 0300, 03 - 8883 4415.

Kita tidak tahu langkah ini wajar atau bagaimana keberkesanannya. Cuma dalam menghadapi situasi ini, rasanya rakyat perlu diperjelaskan dengan baik sejauh mana bahaya dan impak penyakit ini.

Langkah pengawalan dan keselamatan yang ketat perlu diuar-uarkan secara lebih hebat dan menyeluruh merangkumi setiap lapisan masyarakat dan menjadikannya sebagai "fenomena kesedaran".

Setakat ini, yang terkena penyakit ini memanglah nampaknya berhati-hati dan mengambil langkah-langkah yang wajar, tetapi bagi orang ramai yang belum apa-apa, nampaknya masih belum apa-apa juga.

Bukan apa, seperti yang selalu dipesankan doktor dan pakar-pakar kesihatan dan juga orang-orang tua, "mencegah lebih baik dari mengubati".

VERSI TULISAN JAWI

مليسيا كيني هاري اين ملاڤوركن بهاوا ۏيروس ينفلوانز ا ﴿ه1ن1﴾ سماكين سريوس مربق. ستياڤ هاري كيس يڠ مليبتكن مڠسا يڠ دجڠكيتي منونجوقكن ڤنيڠكتن يڠ كتارا.

سهيڠڬ هاري اين ﴿9 جولاي 2009﴾، جومله كيس ه1ن1 اياله 574. اي اداله ساتو جومله يڠ بسر دان ممبيمبڠكن تراوتما دالم رادياس كاوسن ڤارا ڤڠهيدڤڽ.

والاوڤون كيت د مليعيسى بلوم لاڬي منچاتت كماتين عقيبة ڤنولارن ۏيروس اين، نامون كيت جوڬ تيدق هندق سهيڠڬ مڠسا يڠ منداڤت ۏيروس اين بنر-بنر منموءي اجل.

كمنترين كصيحتن سهيڠڬ كيني هاڽ مڠلواركن لڠكه-لڠكه يڠ ڤرلو دأمبيل اوليه مريك يڠ دكوارانتينكن سهاج. دالم ڤد ايت لڠكه برجاڬ-جاڬ اوليه اورڠ عوام تله دكلواركن دري سماس ك سماس ملالوءي لاڤورن هارين منتريڽ، داتوءء سري ليوو شنڬ لاي. چوما كيت عتيداك تاهو سجاوه مان لڠكه-لڠكه اين تله دسبرلواسكن دان دراسمي سباڬاي سواتو لڠكه يڠ "دواجبكن"؟

برايكوت اداله تيڬ ﴿3﴾ لڠكه يڠ دعمومكن ليوو:

1. مرڠڬڠكن ديري درڤد اورڠ راماي ﴿سوچيال دستنچيڠ﴾ سڤرتي مڠورڠكن ڤرجومڤأن، منمالكن "ايتيكا باتوق"، كبرسيهن تاڠن دان ڤڠوداراان دالم رومه يڠ باءيق.

اكتيۏيتي ڤينچيڬاهن دان كاولن سڤرتي اين د كالڠن اورڠ عوام بركسن اونتوق ممڤرلاهنكن ڤنولارن ڤڽاكيت ترسبوت دالم مشاركت.

د تمڤت كرجا ترماسوق اينستيتوسي دان سكوله، ڤمنتاون كصيحتن ڤرلو دڤركوكوهكن. مريك يڠ برسيمڤتوم ڤرلو دكنل ڤستي دان دلاڤوركن كڤد ڤجابت كصيحتن دايره يڠ تردكت.

2. كيس-كيس ريڠن اتاو تنڤا كومڤليكسي اكن دراوت سباڬاي ڤساكيت لوار دان دمينتا تيڠڬل د رومه. مريك دمينتا اونتوق مڠمبيل لڠكه كاولن سرتا ملاڤوركن جك تندا-تندا ڤڽاكيت برتمبه تروق.

اورڠ راماي جوڬ دمينتا اونتوق مڠمالكن ڤماكاين توڤيڠ جك مڠالمي ڬجالا ينفلوانز، جك مڠونجوڠي تمڤت-تمڤت يڠ سسق دان جوڬ جك مڠهيدڤ ڤڽاكيت ﴿چو-موربيد﴾ دان كادأن يڠ مڽببكن تاهڤ ايمونيتي يڠ رنده.

3. د ڤوست-ڤوست راوتن كصيحتن دان ڤروبتن، مريك يڠ برسيمڤتوم ڤرلو ديسيڠكن دري تمڤت بياسا. راوتن انتيۏيروس داوتاماكن كڤد ڤساكيت يڠ بريسيكو سرتا ڤڠڬوناان الت ڤرليندوڠن ديري كڤد ڤساكيت دان ڤكرجا كصيحتن.

اورڠ راماي دنصيحتكن سنتياس مڠيكوتي ڤركمبڠن سماس ڤڽاكيت اين دان معلومت لنجوت بوليه دداڤتي د لامن ويب هتتڤ://ووو.موه.ڬوۏ.ماي دان ه1ن1.موه.ڬوۏ.ماي. تالين كمنترين جوڬ بوليه دمنفعتكن اوليه اورڠ راماي ايايت 03 - 8881 0200، 03 - 8881 0300، 03 - 8883 4415.

كيت تيدق تاهو لڠكه اين واجر اتاو باڬايمانا كبركساننڽ. چوما دالم مڠهادڤي سيتواسي اين، راسڽ رعيت ڤرلو دڤرجلسكن دڠن باءيق سجاوه مان بهاي دان ايمڤق ڤڽاكيت اين.

لڠكه ڤڠاوالن دان كسلامتن يڠ كتات ڤرلو دوار-واركن سچارا لبيه هيبت دان مڽلوروه مرڠكومي ستياڤ لاڤيسن مشاركت دان منجاديكنڽ سباڬاي "فينومينا كسدرن".

ستاكت اين، يڠ تركنا ڤڽاكيت اين ميمڠله نمڤقڽ برهاتي-هاتي دان مڠمبيل لڠكه-لڠكه يڠ واجر، تتاڤي باڬي اورڠ راماي يڠ بلوم اڤا٢، نمڤقڽ ماسيه بلوم اڤا٢ جوڬ.

بوكن اڤ، سڤرتي يڠ سلالو دڤسانكن دوكتور دان ڤاكر-ڤاكر كصيحتن دان جوڬ اورڠ-اورڠ توا، "منچڬه لبيه باءيق دري مڠوباتي".